Tuesday, January 24, 2012

Rekod Telur Burung Paling Besar

Telur paling besar ialah telur burung unta atau dengan nama saintifiknya Struthio camelus dengan berat 2.589 kg. Pemilik ladang ternakan burung unta iaitu Kerstin dan Gunnar Sahlin dari Sweden telah mengemukakan rekod telur terbesar tersebut ke dalam buku Guiness pada 17 Mei 2008.

Rekod topeng paling banyak dikumpul

Gerold Weschenmoser dari Germanny merupakan pemilik terbanyak koleksi topeng dengan jumlah 5, 385 buah. Gerold mula mengumpulkan topeng-topeng tersebut sejak tahun 1957. Pada 31 Mac 2010, catatan rasmi ini telah direkodkan dalam Guiness.

Monday, January 23, 2012

Rekod Jarak Paling Jauh Berjalan Atas Piring Panas

Rekod jarak paling jauh berjalan atas piring yang panas ialah sejauh 12.90 meter. Rekod ini dicatatkan oleh Rolf Iven dari Jerman di Milan, Itali, pada 18 April 2009. - Guiness

Rekod 100 Meter Terpantas | Anjing Berjalan Sambil Menyeimbangkan Tin di Atas Kepalanya

Catatan terpantas 100 meter anjing berjalan sambil menyeimbangkan tin di atas kepalanya ialah 2 minit 55 saat. Anjing bernama Sweet Pea dari baka Australian Shepherd/Border Collie milik Alex Rothaker dari USA ini menjadi pemegang rekod yang sah dalam buku Guiness pada 3 September 2008.

Saturday, January 21, 2012

Rekod Bebanan Terberat yang Diangkat Menggunakak Lidah

Bebanan terberat yang pernah diangkat dengan menggunakan lidah ialah seberat 12.5kg. Rekod ini dicatatkan oleh Thomas Blackthorne (UK) di Mexico City, Mexico, pada 1 Ogos 2008. - Guiness

Friday, January 20, 2012

Rekod Lompatan Tertinggi oleh Seekor Anjing

Lompatan tertinggi yang dicatatkan oleh seekor anjing ialah 172.7 cm (68 inci). Ia dilakukan oleh anjing yang bernama Cinderella May dari baka Holly Grey milik Kate Long dan Kathleen Conroy (USA). Rekod ini dicatatkan di Purina Incredible Dog Challenge National Finals, Gray Summit, Missouri, USA, pada 7 Oktober 2006. - Guiness

Rekod Lompatan Tertinggi | Lompatan Bungee Dengan Sistem Terbalik

Ketinggian maksimum yang berjaya dicatatkan oleh manusia dalam membuat 'bungee jumping' dengan menggunakan sistam terbalik (kepala di atas) ialah 54.25 meter (178 kaki). Ianya telah dicatatkan oleh Ben Shephard dari UK di London pada 3 Oktober 2008. - Guiness

Thursday, January 19, 2012

Rekod 100 Meter Lelaki Berpagar Individu | Berlari dengan menggunakan kasut menyelam air

Sambil memakai kasut menyelam dan kelengkapan diving yang lain, Christopher Irmscher dari Jerman telah berjaya mencipta rekod terpantas larian 100 Meter berpagar dengan catatan rasmi 14.82 saat. Christopher mencipta rekod tersebut pada 13 September 2008 di Die Grossten Weltrekorde, Cologne, Jerman. - Guiness

Rekod jumlah memorabilia Charle's Angel terbanyak dikumpul

Rekod koleksi tebanyak memorabilia filem sekuel Charle's Angel  menjadi milik Jack Condon dari USA. Jack mula mengumpulkan item sebanyak 5,569 tersebut sejak tahun 1976 setelah tertarik dengan siri Charle's Angel yang mula ditayangkan pada 21 Mac 1976.

Item pertama yang disimpannya ialah poster tiga watak utama asal siri tersebut iaitu Kate, Farrah, dan Jacklyn Smith. Rekod tersebut dicatat secara rasmi dalam buku rekod Guiness pada 13 September 2011. - Guiness

Wednesday, January 18, 2012

Rekod pokok terbanyak yang ditanam dalam masa 1 minit


Dengan semangat Malaysia Boleh dan dalam usaha untuk mememlihara serta memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang, satu program nasional telah dilaksanakan iaitu program "Millenium Tree Planting" pada 15 Oktober 2000. 

Selaras dengan sambutan World Habitat Day 2000, sebanyak 110, 461 batang pokok telah berjaya ditanam di seluruh Malaysia secara serentak dalam masa 1 minit dan catatan ini telah dibukukan dalam Malaysian Book of Records. 

Peristiwa bersejarah ini sebenarnya merupakan satu inisiatif oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Program tersebut telah dilaksanakan di 152 lokasi seluruh negara. - Malaysia Record

Rekod Pelagak Ngeri Terpendek

Kiran Shah dari United Kingdom ini merupakan seorang pelagak ngeri profesional yang terpendek di dunia. Kiran mempunyai ketinggian 1 meter 26.3 cm (4 kaki 1.7 inci) semasa disukat secara rasmi pada 20 Oktober 2003.

Kiran yang dilahirkan pada 28 September 1956 ini telah berkhidmat sebagai pelagak ngeri kepada 52 buah filem sejak tahun 1976 termasuklah dalam filem Superman I dan Superman II. Yang terbaru, dia menjadi Elijah Wood dalam filem The Lord of  the Rings pada tahun 2001 - 2003. - Guiness

Rekod Terpantas Memasukkan Badan Ke Dalam Beg

Leslie Tipton dari USA merupakan pemegang rekod terpantas memasukkan badan ke dalam sebuah bed pakaian berzip. Menurut buku rekod Guiness, Tipton telah mencatatkan masa 5.43 saat untuk masuk ke dalam beg tersebut. Rekod ini dicatatkan pada 14 September 2009 di New York. - Guiness

Tuesday, January 17, 2012

Rekod tuala paling banyak diseimbangkan atas kepala

Satu lagi rekod tak masuk akal atau biasa-biasa saja yang telah dicatatkan oleh seseorang iaitu rekod tuala paling banyak diseimbangkan atas kepala. Berapa?

Evan Soskin telah berjaya menyeimbangkan 9 helai tuala berlipat di atas kepalannya. Soskin yang berasal dari Quakertown, Pennsylvania, ini telah mencatatkan rekod tersebut pada 30 Disember 2011 dan dicatatkan secara rasmi di laman web recordsetter.com.

Berikut merupakan antara kriteria rekod tersebut:-
-tuala boleh dilipat
-mesti ada rakaman video sebagai bukti
-mesti meletakkan tuala satu persatu
-mesti mengikuti kriteria penyeimbangan RecordSetter

Rekod mata paling lama tidak berkelip

Jab Robs. (taken from recordsetter.com)

Rekod ini macam tak masuk akal langsung kan. Tapi ini lah kenyataanya orang zaman sekarang. Mahu saja catat rekod untuk sesuatu yang tak masuk akal. Namun saya percaya bahawa mereka melakukan ini hanya untuk keseronokan sahaja.

Ini lah dia pemegang rekod orang paling lama buka mata tanpa berkelip di recordsetter.com iaitu selama 19.11 saat, Jab Robs dari Louisville, Kentucky, USA. Baru saja dicatatkan iaitu pada 7 Januari 2012 lalu.

Terus terang, saya boleh buat samapai satu minit. Tapi tak perlu lah dicatatkan di laman web itu. Jika anda mahu kalahkan rekod ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat iaitu anda mestilah sediakan rakaman video sebagai bukti dan tak boleh pegang mata. Kemudian muat naikkan video tersbut di laman web mereka. Tak susah pun sebenarnya.

Monday, January 16, 2012

Rekod Menara Syiling Tertinggi

Menurut laman web recordsetter.com, rekod menara syiling yang tertinggi ialah sebanyak 121 syiling. Syiling-syiling tersebut disusun secara menegak. Pemegang rekod ini ialah Jacob Froats dari Warren, Ohio, USA, dan dicatat pada 9 Januari 2012.

Nampaknya, rekod ini boleh dikalahkan pada bila-bila masa sahaja dan oleh sesiapa sahaja. - Record Setter

Rekod Jarak Terjauh Berjalan Sambil Menyeimbangkan Kayu Snooker di Atas Dagu

Jarak terjauh yang direkodkan sambil menyeimbangkan kayu snooker di atas dagu ialah 1,668 meter dan tercatat dalam buku rekod Guiness. Rekod tersebut telah dicatatkan oleh Ashrita Furman pada 6 Julai 2008 di New York, USA. - Guiness

Sunday, January 15, 2012

Rekod Motosikal Paling Berat

Inilah dia motosikal yang mencatat rekod motosikal paling berat dalam buku rekod Guiness. Motosikal ini dikenali sebagai Harzer Bike Schmiede dan dibina oleh Tilo dan Wilfried Niebel dari Zilly, Jerman. Berat rasmi motosikal ini ialah 4.749 tan dan dicatat pada 23 November 2007. - Guiness

Rekod Paling Pantas Meletupkan Tiga Biji Belon Dengan Menggunakan Badan Belakang

Inilah dia wanita yang mencatatkan rekod terpantas untuk meletupkan tiga biji belon dengan menggunakan belakang badan. Julia Gunthel dari Jerman hanya mengambil masa 12 saat untuk meletupkan belon-belon tersebut. Rekod ini dicatat secara rasmi pada 23 November 2007. - Guiness

Saturday, January 14, 2012

Rekod Terpantas 100 Meter Anjing Bermain Skateboard

Anjing yang dikenali sebagai Tillman, seekor anjing spesis English Bulldog, telah meluncur sejauh 100 meter dengan skateboard dan mencatatkan masa terpantas 19.678 saat. Rekod ini dicatatkan semasa X Games XV di Los Angeles pada 30 Julai 2009. - Guiness

Rekod Anggur Paling Banyak Dipetik Dalam 1 Minit


Pete Moyer telah memetik sebanyak 48 biji anggur dalam masa 1 minit dan mencatatkan satu lagi rekod dalam recordsetter.com. Untuk mencatatkan rekod ini, peserta perlu memetik anggur dari batangnya secara satu persatu dan kemudian memasukkan biji anggur tersebut ke dalam sebuah mangkuk. Peserta dibolehkan untuk menggunakan kedua belah tangan dan perlu merakam aksi mereka sebagai bukti.

Friday, January 13, 2012

Rekod Terpantas Membawa Meja dan Beban dengan Menggunakan Mulut pada Jarak 10 Meter


Masa terpantas yang diambil untuk membawa meja dengan beban di atasnya pada jarak 10 meter ialah 6.57 saat. Rekod ini dicatatkan oleh Georges Christen dari Luxembough. - Guiness

Rekod Limosin Paling Berat




Limosin paling berat ialah "Midnight Rider" dengan berat 22,933kg. Limosin ini mempunyai panjang 21.30meter dan tinggi 4.1meter. Ianya direka oleh Micheal Machado dan Pamela Bartholemew dari USA dan mula beroperasi pada 3 September 2004.
Midnight Rider ini mempunnyai tiga lounge dan bar serta boleh dinaiki sehingga 40 orang penumpang. Terdapat empat orang krew yang bertugas termasuk pemandu. - Guiness

Thursday, January 12, 2012

Rekod Orang Kurang Upaya yang Pertama Memenangi Pingat Emas dalam Sukan Summer X


Dengan menunggang Suziki RMZ450F 2009, Chris Ridgway dari USA telah memenangi pingat emas dalam X Games. Beliau yang bertanding dalam kelas Moto X menjadi orang kurang upaya (hanya mempunyai sebelah kaki selepas diamputasi) yang pertama memenangi pingat emas dalam acara tersebut. Rekod ini dicatat di Los Angeles, California pada 31 July 2009 dalam siri X Games 15. - Guiness

Rekod Jarak Paling Jauh Percikan Susu Menggunakan Mata

Ilker Tilmaz dari Turki telah mencatatkan rekod ini dalam buku Guiness dengan jarak 279.5cm (9 kaki 2 inci). Beliau melakukannya dalam satu acara pemecahan rekod dalam Guiness di Armada Hotel, Istanbul, Turki, pada 1 September 2004.

Wednesday, January 11, 2012

Rekod remaja paling banyak rambut

Rekod remaja paling banyak rambut ini dipegang oleh Supatra "Nat" Sasuphan dari Thailand menurut metod penilaian Hairsuitism Ferriman Gallwey. Remaja perempuan ini dinilai di set Lo Show dei Record, Roma, Itali pada 4 Mac 2010 untuk dimasukkan dalam buku rekod Guiness.

Rekod kapal terbang paling berat yang pernah ditarik oleh seorang lelaki

Rekod kapal terbang paling berat yang pernah ditarik oleh seorang lelaki menjadi milik Kevin Fast. Lelaki dari Kanada ini berjaya menarik sebuah kapal terbang CC-177 Globemaster III yang mempunyai berat 188.83 tan dengan jarak 8.8 meter. Rekod dalam Guiness tersebut dicatatkan di Pangkalan Tentera Udara Kanada di Trenton, Ontario pada 17 September 2009.

Tuesday, January 10, 2012

Rekod bebanan terberat yang dipikul sambil melompat tali skiping sebanyak 10 kali

Rekod ini telah dicatatkan oleh Jamed Thomson dari USA pada 9 Jun 2010. Dia berjaya melompat tali skiping sebanyak 10 kali dengan memikul bebanan seberat 185 kg. Rekod tersebut berjaya dirakam dalam studio TV Asahi di Tokyo, Jepun.

Rekod jarak paling jauh memanjat tiang secara terbalik dalam masa satu minit

Rekod jarak paling jauh memanjat tiang secara terbalik (kaki di atas, kepala di bawah) dalam masa satu minit menjadi milik Nele Bruckmann dari Jerman. Jarak yang berjaya dicatatkan pada tahun 1 September 2007 ialah sejauh 9.73meter (3 kaki 11 inci). Rekod Dunia Guiness ini dicatatkan dalam satu rancangan khas Guiness di Cologne, Jerman.

Monday, January 9, 2012

Rekod Pencapaian Tertinggi Permaianan Angry Birds Rio di Tahap 9-2

Jika anda pernah bermain permainan Angry Birds, saya yakin bahawa anda tahu bagaimana pertaran dan cara permainanannya. Menurut laman web recordsetter.com, pemegang rekod pencapaian tertinggi permainan Anry Birds Rio di tahap 9-2 ialah Michael Scricco dari Arizona, Amerika Syarikat. Ini baru tahap 9-2, ada lagi tahap 9-3, 9-4,9-5 sampailah ke tahap tertinggi. Anda nak pecahkan rekod ini? pergilah ke laman recordsetter.com.

Rekod Mulut Paling Lebar


Seperti yang tercatat dalam buku rekod Guiness, mulut paling lebar dengan ukuran 17cm (6.69 inci) menjadi milik Francisco Domingo Joaquim atau lebih dikenali dengan nama manja 'Chiquinho' dari Angola.

Prakata: Blog Pecah Rekod

Blog Pecah Rekod ini diwujudkan sebagai medium pegkongsian ilmu terutamanya tentang rekod-rekod dunia yang telah dicatatkan. Rekod-rekod tersebut meliputi pelbagai bidang seperti kelajuan, kemahiran, kecekapan, dan juga benda yang tidak masuk akal sekalipun akan dimuatkan dalam blog pecah rekod ini.

Catatan rekod-rekod tersebut adalah diperoleh daripada sumber-sumber asal yang boleh dipercayai dan berkredibiliti. Diharapkan agar semua pembaca dan pengunjung blog ini mendapat manfaat serta menyokong blog ini dari semasa ke semasa. Sekian